PUSAT ASASI STEM

Tujuan program Asas STEM ini adalah untuk menyediakan bakal pelajar pra-siswazah UMT dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) untuk memasuki program berasaskan STEM di UMT.
Permohonan untuk kemasukan ke Program Asas STEM bagi setiap tahun dilakukan melalui UPU Online yang terbuka kepada pelajar SPM (STEM 1, STEM & Bukan Sains).

ACARA/AKTIVITI

BERITA

PODCAST@UMT: JOM MASUK UMT BERSAMA PUSAT ASASI STEM

Jangan lupa saksikan Podcast @UMT 2025 bagi mendapatkan info lanjut serta kupasan lebih mendalam daripada panel jemputan mengenai program Asasi STEM – UMT

Tarikh: 11 Mac 2025
Masa: 11.15 Pagi

Siaran Langsung menerusi Official UMT:
Facebook: https://www.facebook.com/OfficialUMT
Youtube: https://youtube.com/@umtofficialvideo

 

Are you looking for the best university to continue your studies after SPM/STPM/STAM/Matriculation/Diploma/Foundation?

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) offers a variety of quality courses to help you achieve your academic dreams.

The first phase of UPUOnline will be open from 10 February until 14 March 2025. Register at https://upu.mohe.gov.my/ and click UMT as your No.1 choice!

Scan the displayed QR code for course information offered at UMT.

 

#UMT 

#UPUOnline 

#University 

#JomPilihUMT

 

 

 

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN UMT YANG MENDAPAT TEMPAT KE 4 KESELURUHAN DENGAN PENCAPAIAN PINGAT [3 EMAS, 1 PERAK & 5 GANGSA]

9 Februari 2025 – Majlis Perasmian Penutup Sukan Asasi Malaysia SAM25 telah berlangsuung di Stadium Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail UMT dan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr Mohd Zamri Ibrahim. Kesemua 15 kontigen menyertai perarakan di hadapan pentas. Pusat Asasi STEM telah berjaya meningkatkan pungutan pingat kepada 3 Emas, 1 Perak dan 5 Gangsa sekali gus menduduki tempat ke-4.

 

7 Februari 2025 – Majlis Penyerahan Bendera bagi SUKAN ASASI MALAYSIA ke 8 (SAM25)

Dewan Persidangan 2, UMTCC

PERTANDINGAN PERBARISAN SUKAN ASASI MALAYSIA KE-8, 2025

(SAM 2025)

1.Terbuka kepada semua kontinjen Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2025.

 

2. Setiap kontinjen dibenarkan membawa peralatan yang sesuai digunakan semasa perbarisan.

 

3.Setiap kontinjen diberikan masa  1 minit untuk membuat persembahan di depan pentas stadium.

 

4. Tiga (3) kontinjen dengan markah yang tertinggi bagi sesi perbarisan akan menerima hadiah “Perbarisan Kontonjen Terbaik”.

 

5.Imbas kod QR di poster atau klik : https://shorturl.at/2lqa9 untuk maklumat & syarat pertandingan.

7 Januari 2025 – “Kick-Off Session RoboCode Project”
Sesi ini diadakan bagi meraikan kerjasama antara Yayasan TM dan Pusat Asasi STEM bagi Projek RoboCode : Build & Code the Robot for Special Needs Student. 
.
Yayasan TM  memberi dana sebanyak RM136,900 melalui Geran Impak Sosial 2024 manakala Pusat Asasi STEM, UMT akan menjadi pelaksana bagi projek ini. Projek ini memfokuskan aktiviti pembelajaran secara santai & bermain robot bagi menggalakan pembelajaran secara Problem Based Learning ( PBL ) untuk Murid Berkeperluan Khas.
.
Semoga projek ini dapat berjalan dengan baik dan menghasilkan hasil yang bermanfaat.

RoboCode adalah projek yang memfokuskan kepada Pelajar Berkeperluan Khas (SNS) dengan kumpulan sasaran untuk 30 pelajar dari 9 sekolah Sekolah Pendidikan Khas (Pendengaran) dengan jumlah keseluruhan 270 pelajar menyertai projek ini.

Pada masa yang sama, 18 orang guru (2 orang guru setiap sekolah) mungkin menimba pengalaman untuk meneruskan program ini untuk SNS akan datang.

Projek ini terdiri daripada 3 fasa iaitu: 

1) Lawatan tapak ke 9 buah sekolah 

2) Bengkel robotik 

3) Pertandingan robotik yang akan diadakan di UMT.

Join Us at KLESF 2024! 🌟

The STEM Foundation Center from Universiti Malaysia Terengganu will be opening a booth at the KLESF 2024 program from 8–10 November 2024!

🎉 We’re excited to bring you two hands-on workshops:

Robotics Workshop 🤖
Micro
Workshop 💻
Why Join?
Gain hands-on experience assembling, coding, and controlling your own robot and micro
! With guidance from start to finish, you’ll develop practical skills in robotics and coding. Perfect for beginners and enthusiasts alike!

Limited Seats Available!
Register now for only RM10 per workshop. Don’t miss this opportunity to dive into STEM!

Registration links:
microbit: https://form.jotform.com/243025177159457

robotic :
https://form.jotform.com/243024465740048

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Seluruh warga Pusat Asasi STEM – UMT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar dan keluarga yang agama Hindu.

Semoga perayaan kali ini memberi sinar kebahagiaan buat semua 🎇❤️

#happydeepavali2024
#asasistemumt
#iloveasasistem
#WargaUMTCemerlang

30 OKTOBER 2024: PEMBENTANGAN PROPOSAL PROJEK ASL1514 (SCIENCE IN LIFE)
 
Pembentangan proposal projek bagi subjek Science in Life: ASL1514 telah berlangsung dengan jayanya pada sesi pertama, 30 Oktober 2024.
 
Selamat maju jaya, anak-anak Asasi STEM – UMT! 🥰
 
[PROGRAM ASAS KESUKARELAWAN: 24 OKTOBER 2024]
 
Pelajar-pelajar Asasi STEM – UMT telah terlibat dalam Program Asas Kesukarelawan (fasa ketiga) pada hari ini-24 Oktober 2024.
 
Sekolah yang terpilih adalah SMK Kompleks Gong Badak, SMKA Sheikh Abdul Malik, SM Sains Sultan Mahmud, SMK Imtiaz Besut, SMK Kompleks Mengabang Telipot, SMK Tengku Mizan Zainal Abidin serta MRSM Kuala Terengganu.
 
Semoga dengan penglibatan pelajar Asasi STEM sebagai sukarelawan dalam STEM dapat memupuk minat murid sekolah dalam aktiviti melibatkan STEM ❤️
 
PROGRAM TEATER IMERSIF PEMASYHURAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 2024
 
Pusat Asasi STEM – UMT dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Program Teater Imersif Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu 2024.
 
Konsep Teater Imesif adalah sebuah teater kontemporari yang berbeza bentuknya daripada teater tradisional iaitu mengalih keluar pentas konvensional dan mencipta kerjasama antara pelakon dan penonton dalam persembahan. Pelbagai aktiviti menarik seperti permainan rakyat dan teater akan disajikan sepanjang program ini yang mana ia akan dipentaskan oleh kumpulan teater dari Persatuan Teraju Seni Malaysia dengan penampilan khas oleh pelajar-pelajar Asasi STEM.
 
Tarikh : 21 September 2024 (Sabtu)

Link Youtube: https://youtu.be/IKz-PBUiCMk

Rakaman sesi siaran langsung “Selangkah ke Asasi STEM”

Prof. Madya Dr. Laili Binti Haji Che Rose, Pengarah Pusat Asasi STEM UMT berkongsi maklumat tentang syarat terkini kemasukan ke Program Asasi STEM beserta panduan permohonan di UPU online kepada kaunselor sekolah/ibu bapa/pelajar lepasan SPM 2023.

“Buat adik-adik lepasan SPM/STPM/MATRIKULASI/SETARAF. Berminat masuk UMT – Universiti Malaysia Terengganu , tapi keliru untuk pilih program yang mana ye?”
 
Haa nak tahu, jom tonton video ini. 🤗
 
https://www.youtube.com/watch?v=ZfZ2YpekLjI
 
Apa tunggu lagi? Ayuh datang beramai-ramai ke DISCOVER UMT 2024 pada 3-4 JUN 2024 di KTCC Mall, Kuala Terengganu. Jumpa anda di sana! ❤️
 
 
 
PERTANDINGAN FOTOGRAFI 2023: PASTEM MELALUI LENSAKU
 
✅ Terbuka kepada semua pelajar Asasi STEM – UMT dan alumni sahaja
 
✅ Yuran penyertaan adalah PERCUMA
 
✅ Tema pertandingan: “PASTEM Melalui Lensaku”
 
✅ Tempoh penyertaan: 7-21 December 2023
 
✅ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 December 2023
 
✅ Peserta perlu memuatnaik gambar di laman sosial masing-masing dan memasukkan hashtag
 
                              🤖🤖Let’s Code The Robot Workshop 🤖🤖
Bersempena dengan cuti sekolah yang akan tiba nanti, Pusat Asasi STEM, UMT akan mengadakan satu bengkel “Let’s Code the Robot ” .
 
Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan pemasangan robot, penggunaan sensor pada robot dan pengaturcaraan set robotik robot, mBot menggunakan “ scratch coding ”.
 
Penyertaan terbuka kepada adik-adik yang berumur 10-17 tahun. Yuran penyertaan adalah RM50 bagi setiap peserta.
 
*Setiap peserta perlu membawa tablet/telefon pintar yang sudah di”install” dengan app Mblock Blocky.

ALUMNI