PUSAT ASASI STEM

Tujuan program Asas STEM ini adalah untuk menyediakan bakal pelajar pra-siswazah UMT dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) untuk memasuki program berasaskan STEM di UMT.
Permohonan untuk kemasukan ke Program Asas STEM bagi setiap tahun dilakukan melalui UPU Online yang terbuka kepada pelajar SPM (STEM 1, STEM & Bukan Sains).

ACARA/AKTIVITI

Previous slide
Next slide

BERITA

Link Youtube: https://youtu.be/IKz-PBUiCMk

Rakaman sesi siaran langsung “Selangkah ke Asasi STEM”

Prof. Madya Dr. Laili Binti Haji Che Rose, Pengarah Pusat Asasi STEM UMT berkongsi maklumat tentang syarat terkini kemasukan ke Program Asasi STEM beserta panduan permohonan di UPU online kepada kaunselor sekolah/ibu bapa/pelajar lepasan SPM 2023.

“Buat adik-adik lepasan SPM/STPM/MATRIKULASI/SETARAF. Berminat masuk UMT – Universiti Malaysia Terengganu , tapi keliru untuk pilih program yang mana ye?”
 
Haa nak tahu, jom tonton video ini. 🤗
 
https://www.youtube.com/watch?v=ZfZ2YpekLjI
 
Apa tunggu lagi? Ayuh datang beramai-ramai ke DISCOVER UMT 2024 pada 3-4 JUN 2024 di KTCC Mall, Kuala Terengganu. Jumpa anda di sana! ❤️
 
 
 
PERTANDINGAN FOTOGRAFI 2023: PASTEM MELALUI LENSAKU
 
✅ Terbuka kepada semua pelajar Asasi STEM – UMT dan alumni sahaja
 
✅ Yuran penyertaan adalah PERCUMA
 
✅ Tema pertandingan: “PASTEM Melalui Lensaku”
 
✅ Tempoh penyertaan: 7-21 December 2023
 
✅ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 December 2023
 
✅ Peserta perlu memuatnaik gambar di laman sosial masing-masing dan memasukkan hashtag
 
                              🤖🤖Let’s Code The Robot Workshop 🤖🤖
Bersempena dengan cuti sekolah yang akan tiba nanti, Pusat Asasi STEM, UMT akan mengadakan satu bengkel “Let’s Code the Robot ” .
 
Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan pemasangan robot, penggunaan sensor pada robot dan pengaturcaraan set robotik robot, mBot menggunakan “ scratch coding ”.
 
Penyertaan terbuka kepada adik-adik yang berumur 10-17 tahun. Yuran penyertaan adalah RM50 bagi setiap peserta.
 
*Setiap peserta perlu membawa tablet/telefon pintar yang sudah di”install” dengan app Mblock Blocky.

ALUMNI