SOALAN LAZIM PELAJAR BAHARU

1) Susah tak pelajar bukan sains tulen untuk skor dalamkursus-kursus di Asasi STEM?

Tidak susah!. Anda hanya perlu fokus dan faham konsep. Ramai lepasan Asasi STEM yang lepas menjadi pelajartop 10 setiap semester.

2)​Jika pendapatan ibu bapa adalah RM11,000 dan jumlah tanggungan bapa saya seramai 6 orang, adakah saya layak untuk membuat rayuanmendapatkan elaun?

Tidak layak..kerana pelajar yang  ibu bapanyaberpendapatan RM10,000 dan ke bawah sahaja yang dipertimbangkan oleh KPT untuk menerima elaun.

3)​Pengajaran ketika Asasi dalam Bahasa melayu atauBahasa Inggeris?

            PdP yang berjalan untuk kebanyakan subjek yang diajar adalah bergantung kepada ​tenaga pengajar. Ramai pensyarah mengaplikasi mod campuran ketikamengajar ​​untuk menyesuaikanpelajar.Walaupun begitu 70-80% Bahasa pengantaraadalah Bahasa Inggeris kerana para pelajar Asasi STEM digalakkan untuk sentiasa berbahasa Inggeris untukmencapai matlamat sasaran ke arah I.R. 4.0 .

4)​Jika saya bayar yuran pendaftaran separuhdahulu, bilakah tarikh akhir untuk saya langsaikanbaki bayaran yuran tersebut?

Tiada masalah untuk berbuat demikian. Cuma perlupastikan sebelum bermulanya peperiksaan akhir bagisemester tersebut, baki yuran perlu dilangsaikanbayarannya. Jika tidak, pelajar tidak akan mengetahuikeputusan peperiksaannya.

5)​Boleh ke saya membeli buku rujukan daripadasenior?

Tiada masalah dan dibolehkan! Anda digalakkan untukmempunyai buku rujukan. ​Walaupun begitu, para pelajarakan dibekalkan dengan nota yang telah di update​bersesuaian dengan silibus terkini hasil daripadapemantauan dan pematuhan ​kepada MQA agar mutuakademik pelajar adalah berkualiti.

6)​Setelah tamat asasi stem, bolehkah sayamenyambung pengajian degree di mana-mana IPTS?

Pusat Asasi STEM UMT mengamalkan closed system di mana setelah tamat program Asasi, pelajar perlumeneruskan pengajian peringkat Degree di UMT. Walaubagaimanapun, jika pelajar berhajat menyambungpengajian degree  selain dari UMT, ianya hanyadibenarkan di IPTS sahaja.

7)​Adakah sijil yang dikeluarkan setelah tamat asasistem dapat diterima untuk menyambung pengajiandi IPTS lain?

Sijil Asasi Universiti (internal university foundation certificate) adalah bersesuaian dengan syarat kemasukankhas Universiti tersebut dan sesuai untuk semua ijazah yang ditawarkan di Universiti tersebut (UMT). Walaubagaimanapun syarat ini tidak terpakai jika pelajartersebut mempunyai alasan munasabah dan kelulusandari Universiti dan pihak Asasi STEM menyokongpermintaan /pemindahan kredit serta pihak universiti disana mengakui kesetaraan sijil di antara Asasi universiti

8)​Boleh ke saya memilih program-program degree seperti kaunseling dan perakaunan selepas tamatasasi stem nanti?

Matlamat utama penubuhan Pusat Asasi STEM adalahuntuk menyediakan bakal pelajar pra-siswazah denganpengetahuan dan kemahiran yang secukupnya dalambidang STEM, untuk memasuki program yang berasaskan Sains dan Teknologi di UMT. Maka, pelajardigalakkan dan dibimbing untuk terus kekal beradadalam aliran Sains dan Teknologi.

9)​Berapakah CGPA minima yang diperlukan untukmenyambung pengajian ke degree nanti?

Nilai CGPA minimum yang direkodkan untuk masuk keprogram tawaran ijazah UMT adalah 2.5 tetapi iabergantung kepada jumlah pengambilan pelajar dalamsesuatu program . Oleh itu para pelajar digalakkan untukterus cemerlang agar mempunyai pilihan tawaran untukke mana-mana program sarjana muda di UMT, tanpaperlu mengisi borang UPU.

10)​Adakah UMT menyediakan bantuan tertentukepada pelajar yang kurang berkemampuan, selaindaripada elaun daripada kementerian?

Ya, selain daripada elaun yang disediakan oleh pihakKPT, UMT sendiri sentiasa cakna dengan keadaanpelajar kami. Bagi golongan asnaf dan kurangberkemampuan, terdapat juga bantuan zakat pelajaran. Bantuan ini diberikan kepada pelajar asasi/diploma, sarjana muda dan juga sarjana. Malah, bagi pelajar yang sentiasa cemerlang pada setiap semester turut berpeluanguntuk menerima biasiswa sepanjang pengajian mereka di peringkat sarjana muda dan Sarjana.

11) ​Adakah pdp online ini akan diteruskan sehinggaDisember 2021?

Jawapannya adalah Ya dan tidak! Ya PdP akanberlangsung secara maya jika keadaan ​pandemik Covid-19 berterusan dan tertakluk kepada arahan semasa dari pihakKKM, ​KPT dan UMT. Walaupun begitu, jika keadaanadalah selamat dan kelonggaran ​diberikan oleh pihakuniversiti dan dalam pengetahuan KKM dan KPT, terdapat​​kemungkinan untuk pelajar Asasi merasai PdPsecara hybrid (bersua muka dan ​​secara maya). Walaupun begitu, keputusan tertakluk kepada arahan dan kebenaran ​pihak  UMT.

12) ​Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi menghadapi PdP online ini

Memiliki peranti yang sesuai seperti laptop, iPad, atausekurang-​​​​kurangnya smartphone merupakan elemen penting sebelum pelajar memulakan sesi​PdP online. Pelajar juga perlu memastikan jaringaninternet adalah dalam keadaan ​yang stabil.

13) ​Apakah cadangan pihak Pusat Asasi STEM bagikepada pelajar yang menghadapi masalah internet yang kurang stabil di kawasan mereka?

Cadangan tertakluk pada perbincangan dan arahansemasa dari pihak pengurusan Asasi STEM dan UMT. Para pelajar digalakkan untuk sentiasa memberitahuperkembangan individu dan masalah yang dihadapisupaya bantuan yang sesuai dapat disalurkan.

14) ​Bagaimana pula sekiranya capaian internet pelajar hilang semasa kelas sedang berlangsung? Bagaimana untuk memastikan mereka ini dapatmengikuti semula kelas yang telah mereka tertinggalitu?

Di Pusat Asasi STEM sendiri, para pensyarah sentiasacakna akan keadaan pelajar. Jika hal ini berlaku, pelajarboleh menonton semula video rakaman kuliah yang akansentiasa di upload oleh pensyarah dalam medium yang sesuai seperti Wadi, dan Google Drive setiap kali selepaskuliah dan kelas tutorial.

15) ​Apakah apps yang akan digunakan sepanjangpdp secara online ini selain daripada webex.

Berdasarkan soal selidik pelajar yang terkumpul, para pelajar dan pensyarah kebanyakkan menggunakangoogle meet, Kahoot dan Wadi- merupakan platform wajib bagi pelajar Asasi STEM dan Diploma perikanankerana bertindak sebagai tapak sokongan e-pembelajaran.

16) ​Bagaimanakah kaedah peperiksaan secara online dijalankan?

Pensyarah akan upload soalan dalam e-pembelajaranWadi. Apabila tiba waktu ​​peperiksaan, pelajar akanmuat turun soalan dan mula menjawab dalam tempoh​​yang diberikan. Setelah selesai, pelajar akan upload semula kertas jawapan dalam e-​pembelajaran Wadi untukdisemak oleh pensyarah.

17) ​Bagaimana proses pembelajaran bagi subjek yang ada lab?

Berdasarkan pengalaman semasa, subjek yang mempunyai latihan makmal telah ​​dirancang secarabersua muka. Walaupun begitu, untuk menyesuaikan subjek-​​subjek yang memberi latihan secara makmal telahdikaji dan backup planning secara ​hybrid ataupun secaramaya akan diaplikasi bersesuaian dengan arahan semasa oleh ​pihak pengurusan tertinggi UMT

18) Saya di aliran akaun. Subjek Sains saya A dan Add Math C+..susah ke nak ambil asasi stem ni samadengan aliran sains yang memang sedia ada subjek-subjek seperti kimia,fizik dan biologi.

Tidak susah. Kerana kebanyakan pelajar di Asasi STEM yang bukan aliran Sains mampu mencapai keputusanyang cemerlang dan setanding dengan pelajar aliranSains pada setiap semester.

19) Bolehkah saya tahu tentang laluan kerjaya selepasasasi stem ini? Apakah ijazah yang ditawarkan di UMT?

Terdapat lebih daripada 20 kursus ijazah tujahan yang ditawarkan dalam bidang ​

sains,sastera dan sains pemakanan bersesuaian denganminat pelajar secara keseluruhan

20) Melalui FB Asasi STEM, dpt dilihat kejayaan pelajardlm program inovasi. Apakah ada perkiraan merit bgpelajar yg menyertai program tersebut?

Pusat asasi STEM sentiasa memberi ruang dan peluangkepada pelajar bukan sahaja unt      uk menyertai program inovasi, malah pelbagai aktiviti lain yang mampumeningkatkan personal development pelajar. Perkiraanmerit adalah bonus yang diperoleh pelajar dalam aktiviti-aktiviti ini.

21) Apabila tamat pengajian pada sem 3, apakah perkarayg perlu dititik beratkan oleh pelajar untuk pastikanpilihan kursus ke peringkat degree yang dipohonberjaya?

Seperti pesan ibu dan ayah, pastikan anda mendapatkeputusan yang cemerlang ​​agar anda dibekalkndengan peluang yang cerah untuk memilih mana-mana program ​ijazah tanpa sebarang halangan kerana keputusan akademik serta aktif dalam ​​penglibatanaktiviti luar sedikit sebanyak membantu anda untuk layakmemasuki ​​program yang dipohon

22) Bagaimana perjalanan pengajian Asasi STEM sewaktuPKP?

Kelas tutorial, kuliah akan berjalan secara normal manakala subjek yang mempunyai aktiviti makmal akantertakluk kepada arahan semasa dan perancangan yang telah ditetapkankan (hybrid@online)

23) Berapakah kuota bagi pelajar non-bumiputera?

Di Asasi STEM, kami menyediakan 10% kuota untukpelajar non-bumiputera.