PERTANDINGAN INOVASI INTER-ASASI MATRIKULASI (PIITRAM) 2021

Kuala Nerus, 24 Disember 2020  – Pusat Asasi STEM (PASTEM), UMT telah dilantik oleh Majlis Dekan/ Pengarah Asasi Universiti Awam sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi bagi tahun 2021. PASTEM akan berganding bahu dengan Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA), UniSZA bagi mengatur perjalanan menjayakan pertandingan tersebut.

Matlamat pertandingan ini adalah untuk untuk menyambut usaha kerajaan dalam mempromosikan inovasi sebagai medium mencipta kekayaan negara dan dasar-dasar semasa kerajaan. Disamping itu, program ini dijalankan sebagai satu usaha untuk menyumbang kepada penemuan baharu yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti PdP seterusnya dikomersilkan dan dimanfaatkan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Tema pertandingan ini adalah STEM Plus dimana ia bukan hanya menyeluruh kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sahaja malah merangkumi semua bidang seperti Bahasa, Seni, Perniagaan, Ekonomi dan lain-lain. Penganjuran pertandingan ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan bagi menggunakan ICT dan daya inovasi untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pertandingan ini juga mensasarkan perpindahan ilmu berdasarkan inovasi kepada generasi lebih muda dalam lingkungan umur 19 tahun untuk memacu budaya STEM dimana ia menggalakkan pelajar untuk sentiasa wujud perasaan ingin tahu, kejituan dan ketabahan serta mempunyai penyelesaian kreatif dan inovatif.

Warga akademik, pengurusan dan para penyelidik muda dijemput untuk membentangkan produk inovasi. Semua peserta bakal menerima medal dan e-sijil!

Imbas QR Code di bawah untuk mendaftar! Pendaftaran dilanjutkan kepada 5 Februari 2021.