Fungsi
-
Mendokong misi universiti untuk menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang ulung dalam menyumbang kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu dan juga kepada pembentukan kekayaan serta pembangunan negara.
-
Menyediakan tenaga kerja terlatih yang mempunyai kemahiran profesional yang tinggi dan diperkukuhkan dengan pendisiplin diri serta membentuk ciri-ciri murni dan etika kerja yang positif.
-
Melahirkan graduan yang peka kepada dea dalam pengurusan dan responsif kepada perubahan semasa serta menjadi ‘role-model’ kepada pelajar dan masyarakat.
-
Memberi khidmat melalui penyebaran idea dan amalan baru serta mencari penyelesaian terhadap masalah semasa dalam masyarakat.
-
Menjalin hubungan antara universiti, institusi-institusi lain dan industri demi kepentingan bersama dan pembangunan negara.
-
Menyokong misi universiti untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan dan pembelajaran yang teratur di samping menyediakan perkhidmatan yang baik dan penerokaan dalam pelbagai teknologi yang baru.