STEM FOUNDATION CENTRE

The goal of this STEM Foundation program is to provide prospective UMT pre-graduate students with sufficient knowledge and skills in STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) to enter STEM-based programs at UMT. 
Application for admission to the STEM Foundation Program for recruitment every year is through UPU Online which is open to SPM students (STEM 1, STEM & Non-Science). 

EVENTS / ACTIVITIES

Previous slide
Next slide

NEWS

ADAM RAMDZAN MENGEGAR LAGI!

Tahniah kepada Saudara Adam Ramdzan Bin Razali, pelajar Asasi STEM – UMT yang berjaya dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan U23 dalam Kejohanan Berbasikal Jalanraya Remaja Kebangsaan 2024 di Kuala Kubu Selangor pada 8 & 9 Mac 2024.

Saudara Adam juga merupakan atlet berbasikal SUKMA dan mewakili negeri Terengganu di kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara.

Trabeachlympic
 
Kelab BlaSTEMa telah mengadakan satu program “Trabeachlympic” pada 9 Mac 2024. Pelbagai sukan pantai dan traditional akan dipertandingkan dalam program ini.
 
Aktiviti sukan ini disertai oleh pelajar dan juga kakitangan Pusat Asasi STEM.
 
Butiran aktiviti adalah seperti berikut :-
Tarikh : 9 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Pantai UMT
Trabeachlympic
 
Kelab BlaSTEMa telah mengadakan satu program “Trabeachlympic” pada 9 Mac 2024. Pelbagai sukan pantai dan traditional akan dipertandingkan dalam program ini.
 
Aktiviti sukan ini disertai oleh pelajar dan juga kakitangan Pusat Asasi STEM.
 
Butiran aktiviti adalah seperti berikut :-
Tarikh : 9 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Pantai UMT
 

[PERTANDINGAN DEBAT INTER-ASASI 2024]

 
Di sebalik tabir Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2024 (kategori Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris). Pusingan Awal dan Suku Akhir (2 hingga 4 Februari 2024) telah berlangsung secara dalam talian manakala Pusingan Separuh Akhir dan Pusingan Akhir (17- 18 Februari 2024) akan diadakan secara bersemuka di UMT – Universiti Malaysia Terengganu. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Jumpa di Terengganu nanti! ❤️
 

Pusat Asasi STEM, UMT dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penaja utama akan menganjurkan Pertandingan Debat Antara Asasi Universiti Awam (PeDAA) yang merupakan program tahunan peringkat Kebangsaan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam. Penganjuran program pada kali ini akan melibatkan kerjasama dari Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DeMI), UMT.
.
Bagi PeDAA 2024, pertandingan dijadualkan sebagaimana berikut :

2 – 4 Februari 2024
Pusingan Awal dan Suku Akhir

17 Februari 2024
Pusingan Separuh Akhir

18 Februari 2024
Pusingan Akhir

 
 
PERTANDINGAN FOTOGRAFI 2023: PASTEM MELALUI LENSAKU
 
✅ Terbuka kepada semua pelajar Asasi STEM – UMT dan alumni sahaja
 
✅ Yuran penyertaan adalah PERCUMA
 
✅ Tema pertandingan: “PASTEM Melalui Lensaku”
 
✅ Tempoh penyertaan: 7-21 December 2023
 
✅ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 December 2023
 
✅ Peserta perlu memuatnaik gambar di laman sosial masing-masing dan memasukkan hashtag
 
                              🤖🤖Let’s Code The Robot Workshop 🤖🤖
Bersempena dengan cuti sekolah yang akan tiba nanti, Pusat Asasi STEM, UMT akan mengadakan satu bengkel “Let’s Code the Robot ” .
 
Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan pemasangan robot, penggunaan sensor pada robot dan pengaturcaraan set robotik robot, mBot menggunakan “ scratch coding ”.
 
Penyertaan terbuka kepada adik-adik yang berumur 10-17 tahun. Yuran penyertaan adalah RM50 bagi setiap peserta.
 
*Setiap peserta perlu membawa tablet/telefon pintar yang sudah di”install” dengan app Mblock Blocky.

ALUMNI